Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu
perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...
Pelajar: Guru, apakah erti cinta? Bagaimanakah saya boleh mendapatkannya?
Guru: Ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana ,berjalanlah kamu dan
jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. Sekiranya kamu
mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui
cinta.
Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak
berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.
Guru bertanya: Mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?
Pelajar menjawab: Saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja dan sewaktu
berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. Sebenarnya saya telah
berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah
yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu
saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang
saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.
Gurunya menjawab: Ya, itu lah CINTA..
Di hari lainnya pula pelajar tersebut
bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...?
Guru: Ada hutan yang subur didepan sana. Berjalanlah kamu. Tetapi janganlah
kamu sesekali mengundur kebelakang. Tebanglah sepohon pokok saja dan tebanglah
jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik, segar dan
tinggi kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.
Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak
berapa lama dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon
tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.
Maka gurunya pun bertanya: Mengapa kamu memotong pohon seperti ini?
Pelajar itu menjawab: sebab berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya
berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan
tangan kosong. Jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa
kesini. Pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. Saya tidak
mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya..
Maka guru itu menjawab: Itulah perkahwinan..
Kesimpulannya, usahlah terlalu memilih
cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh,
terimalah pasangan anda dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di
dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya .
Oleh: Prof Madya Dr Asmawati Desa
"Tak semestinya jodoh kita dengan orang yang dah lama kita
kawan,
Tapi mungkin jodoh kita
dengan orang yang kita baru kenal.
Semoga Allah Taala
menentukan yang TERBAIK buat kita semua.."