Saturday 21 December 2013

- Tamatnya Pengajian DKM -SK -

Assalammualaikum...morning !!

  Tanggal 20 Disember 2013 (Jumaat) hari yg b'makna tuk aq coz akhirnya aq tamat jgak pengajian Diploma Pembantu Eksekutif Sistem Komputer (DKM-L4)..alhamdulillah...dan tuk kali ke3 nya aq dpt Anugerah Pelajar Terampil Cemerlang...bersyukur sangat2..hadiah tuk mak n ayah aku yg ada kat kampung..buat msa ni hnya tu je yg aq bleh bg kat dorg..


 Ucapan terima kasih kpd semua kengkawan aku dri Level 2-4 (Sijil & Diploma) yg sntsa d'sisi bg kata2 semangat, sokongan & dorongan...kpd lecturer yg bnyk tolong dari aq mula study hingga tamatnya pengajian aq..dan kpd semua yg terlibat terutamanya pd pengajar luar yg sudi mengajar kami satu group...tanpa mereka, aku x kan smpi hingga ke tahap ini..syukur  alhamdulillah...

Bukan senang nk senang dan bukan susah nak susah..yang penting usaha...masalah yg dtg kt kne hadapi..nk berjaya mcm2 ujian dan masalah kt terima..memang aku down giler2 msa tu..tp mereka hadir bg pertolongan & kata2 semangat..drp x yakin, aku yakin kan diri..drp jatuh, aku cuba utk bangun semula..terima kasih pd yg selalu ada d'sisi aq ktka aq happy o sedih..pada kgkwan yg berjaya tahniah dan kpd yg x berjaya i/allah ada himkahnya yg kt sndri pun x tau..smoga korg semua berjaya dlm hidup..lpas ni x tau lgi bl boleh jmpe..masing2 dh buat hal sndri..aku x kn lpe kn korg i/allah..semoga kt still contact lgi wlaupun t dh b'jauhan..terima kasih ats kenangan yg sudi korg ciptakan bersama aku..maaf atas sgla kekurangan yg ada pd dri aku..maaf ats gurauan mental n fizikal yg aku bg kat korg..love u allzz !!!!!!!!!!




* member kelas SK 08A
- maaf pd sape yg xde..





Saturday 23 November 2013

Tuesday 12 November 2013

~ TETAP MENANTIMU... ~

Aku menyedari telah jatuh cinta
Tapi aku tak bisa mengungkapkan
Terasa bahagia ku mencintaimu
Walaupun kau belum mencintaiku

Aku di sini kan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cinta yang terakhir

Semakin ku bisa untuk menyayangi
Semakin ku bisa untuk mengerti
Dari semua hidupmu yang ku mimpikan
Kan ku hapus semua menjadi indah

Tak akan pernah hilang rasaku
Cinta yang membawa dalam hatiku
Bagai mata yang tak terpejam
Aku tetap menantimu

Aku di sini kan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cintamu

Tak akan pernah hilang rasaku
Cinta yang membawa dalam hatiku
Bagai mata yang tak terpejam
Aku tetap menantimu
Aku kan tetap menantimu

Wednesday 6 November 2013

~ TERCIPTANYA....~

Terciptanya kita untuk saling menghargai..
Terciptanya rindu mengajar kita erti mengingati..
Kenangan sentiasa hadir....
Hadir dikala
Fikiran kosong tanpa bayangan dan angan-angan..

Terciptanya cinta..terjalinnya rindu..

Terciptanya cinta..terluahnya rasa..
Andai cinta yang kita cari pasti akan ada rindu..
Andai disetiap langkah ada yang mengikuti..
Pastikan itulah cinta...


Cinta memang sukar untuk dicari..
Andai datangnya cinta dariNYA...dekatilah ia...
Dekati agar cinta itu menjadi cinta sejati...

::: 15/10/2013 - 5.15pm 

=> just write...



~TAKDIR DAN CINTA.. ~

Kamu percaya pada takdir ?

Aku percaya.

Kamu percaya pada cinta ?

Aku percaya.

Tapi...

Tadir itu seperti apa ?
Cinta itu juga seperti apa ?
Walhal takdir tertulis di loh mahfuz dan hadirnya cinta adalah dari mata penaNya. Tertulis....

Tapi kita tidak bisa nampak lalu kenapa kita mempercayai tadir ? Kenapa kita merasakan cinta ? Mata kasar kita kan tidak pernah bisa membuktikan cerita-cerita takdir dan bentuk-bentuk cinta. Lalu apa yang kamu yakini bahawa itu semuanya wujud ?

Allah maha besar !

Dia menciptakan 'hati' untuk kita 'melihat' takdir kita dengan bisikan hikmah atas setiap yang tertulis.

Eh ! Kamu tau apa janji Allah ?

= Tidak ada yang sia-sia, tidak ada kebetulan dan semuanya yang berlaku itu mengikut perkiraanNya. Dia maha mengetahui !

Dan dengan hati juga kita bisa 'melihat' cinta. Cinta yang penuh dengan warna-warna bahagia. Kita menemui mawaddah, kita mengenal warahmah sehingga kita berjaya memperolehi SAKINAH.

Kamu tau kenapa dengan hanya membaca tulisan ini, kamu merasa sebak ?

Kerana dalam hatimu ada cinta dan dalam hatimu percaya pada takdir Allah.

Iman... itu wujud dengan kata kunci "PERCAYA" walau tak kelihatan mata tapi dari hati kita bisa 'melihat' takdir kita seperti apa.

Aku percaya pada takdir, aku percaya pada cinta dan aku percaya takdir yang menemukan cinta kita (^_^)

=> Copy paste..

Saturday 5 October 2013

~ Korea ... ~

Assalammualaikum... ^_^ kali ni nk update pasal Korea pulak..

 Mula meminati korea pada 27/09/13...baru je lagi..sbelum tu just tgk variety show je..Running Man...best gak lak...drama aku baru start tengok sebab nk hilangkan bosan bila x de buat apa2..hihi..semua drama n lagu drp Running Man...dari situ aku rse nk tgk drama2 Korea ni...

AND....

 Bila aku dah start tengok, not bad...hihi..lagu pun best2.. ^_^

=> itu sahaja...terima kasih.. :)

~ OST - Love u Mr. Arrogant ~

Nomad - Tetap menantimu

=> Novel die BEST !!

Wednesday 25 September 2013

~ Sesuatu Janji ~

Tidak ku sedar setahun sudah berlalu
Rasanya bagai hanya hari itu
Terakhir kali bertemu

Takkan ku lupa semua segar dalam ingatan

Sayangnya kita tidak pernah berikatan
Semuanya tinggal kenangan

Tapi janganlah engkau salah sangka

Aku kembali tanpa sebarang agenda

(Korus)

Bagaimana, seharusnya ku mengutuskan
Satu sikap yang bijaksana
Seandainya, kau tak mengaku
Hati mu teruntuk ku
Dan bila, sampai waktunya ku pergi lagi
Ku perlu engkau memahami
Aku hanya ingin melunaskan sesuatu janji

Tidak ku sangka cinta kita jadi begini

Dunia dewasa tidak sebebas dulu lagi
Terpaksa mendiamkan diri
Apa di hati

(Bridge)

Bukan maksudku membuat kau terkeliru
Harap kau mengerti hati ku
Selalu dengan mu

- Kunci Hati -

Hanya orang yang baik akan memegang KUNCI Hati 

Perempuan yang cantik akan membuka "Mata Lelaki"

Tapi perempuan yang baik akan membuka "Hati Lelaki".

Begitu juga dengan ;

LELAKI yang kacak akan membuka "Mata perempuan"

Tapi LELAKI yang baik akan membuka "Hati perempuan".

Hidup ni kan kalau kita kenal Allah , baik hubungan kita dengan Allah , kita pasti akan dapat memegang kunci dan membuka pintu yang baik .

=> Copy paste..

~ Renungan bersama... ~

1. Solat bukanlah "tayar ganti' yang anda tarik keluar ketika dilanda masalah, tapi ia adalah 'stereng' yang menunjukkan jalan benar.

2. Maka, kenapa cermin depan kereta begitu besar dan cermin pandang belakang begitu kecil?
Ini kerana masa lalu kita tidak begitu penting seperti masa hadapan kita. Maka, pandanglah ke hadapan dan majulah.

3. Persahabatan ibarat sebuah buku. Ia mengambil masa yang sedikit untuk dibakar, tapi bertahun-tahun untuk ditulis.

4. Semua perkara dalam kehidupan ini hanyalah sementara. Jika ia berjalan dgn baik, nikmatilah, ia takkan kekal lama. Jika ia berjalan dgn teruk,jgn sedih, ia juga takkan kekal lama.

5. Kawan-kawan lama adalah emas. Kawan-kawan baru adalah berlian. Jk anda mendapat sebutir berlian, jgn lupa emas tersebut krn utk memegang sebutir berlian, anda sentiasa memerlukan tapak emas.

6. Acapkali, ketika kita hilang harapan dan berfikir inilah pengakhirannya, ia hanyalah liku, bukannya penamat!

7. Apabila Allah swt menyelesaikan masalah2 anda, anda percaya memiliki kemampuan. Apabila Allah swt tdk menyelesaikan masalah2 anda, DIA percaya akan kemampuanmu.

8. Seorang yang buta bertanya kepada seorang lelaki bijaksana "bolehkah ada sesuatu yang lbh teruk berbanding kehilangan penglihatan? " Dia menjawab, "ya, kehilangan visi anda! "

9. Ketika anda mendoakan org lain, Allah swt mendengar kpd anda dan merahmati mereka; kadang kala apabila anda selamat dan bahagia, ingatlah bhw seseorang telah mendoakan anda.

10. Rasa bimbang tidak menghilangkan masalah hari esok, ia menghilangkan kedamaian hari ini.

          - oleh Us Zahazan

Sunday 1 September 2013

- YanG x TErLuah... -

Terkadang hati ini sukar mengerti apa mahu mu...
Krn aku juga tdak tahu apa yg ku mahu...
Terkadang hati ini terlalu alpa dgn ap yg ad d dpan mata...
Krn aku jga tdak tahu apa mksud smua yg berlaku...
Terkadang hati ini sukar menerima apa yg terjadi..
Kerana tidak seiring dgn kehendak hati..
Apa yg ku mahu ingin ku trima, tp hati ini sering takut utk trus melangkah..
Takut andainya tersasar dri lndsan yg sepatutnye..
Takut sekiranya apa yg ku lakukan ini sia2..
Takut utk mengejar apa yg belum pasti dlm hidupku ini...

Namun, krn takut..hatiku terluka...
Terluka dgn stiap tgkah laku yg d’tunjukkn..
Terluka dgn apa yg ku lihat sndiri di depan mata..
Terluka...dan terus terluka kerna aku tdak mmpu m’yatakan yg sepatutnye...
Bukn tidak mahu, nmun aku ingin mncpai dhulu apa yg pnting dlm hidupku..

Yg sering ada...dan sntsa ada di setiap waktu ku...

=> 1 Ogos 2013 : 1.04 am


Wednesday 7 August 2013

- Malam Raya -

Assalammualaikum....

Hari ni genaplah sebulan kt berpuasa d'bulan Ramadan..dan malam ni, malam raya....esok dh masuk bln Syawal..semoga berjumpa lagi dgn bulan Ramadan yg akn dtg..amin.. ^_^

Dikesempatan ini, saya Winawati Bt Abdul Wahab menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf andai terkasar bahasa, terguris mana2 hati, termungkir janji yg di buat..dan mcm2 TER lagi...

> Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfirti Maaf Zahir & Batin kpada yg mengenali diri ini..
> Kpd yg pulang ke kampung, berhati2 d jalan raya..ingtlah orang yg tersayang...
> Al-fatihah kpd mereka yg telah meninggalkan kt utk selama2nya.. :'(
> Kepada semua kenangan yg pernah hadir dlm hidup, semoga d'beri kekuatan utk trus mengingatinya hingga akhir hayat..



=> Sekian Terima Kasih...Salam Syawal... ~_^


Monday 5 August 2013

- IFTAR 2013 -

Assalammualaikum... ^_^

Diam x diam pengakhiran puasa kita pada tahun ini akan semakin menghampiri...semoga dapat berjumpa lagi pd tahun hadapan..amin.

Untuk puasa tahun ni aku rasa ni lah yg paling best sebab dapat iftar bersama dengan classmates n ex-classmates..hehe..

~ Iftar 1st : 22 Julai 2013 with classmates+housemate


~ Iftar 2nd : 31 Julai 2013


~ Dan buat pertama kalinya iftar bersama ex-classmates.. 4 Ogos 2013



=> Semoga kenangan ini terus kekal abadi sebagai kenangan terindah dalam kehidupan masing2..
=> Tanpa mereka, siapalah aku...hehe...
=> Terima Kasih yg x terhingga kerana sudi mencipta kenangan bersama saya... ^_^

Monday 29 July 2013

-MaSaLah -

Entri k2..Secara keseluruhannya....

~>Masalah datang bkan utk melemahkan kita tetapi untuk mendewasakan dan menguatkan diri kita.
~> Masalah adalah ibarat api yang membakar emas...semakin dipanaskan semakin kuat dan bersinar emasnya...
~>Masalah adalah jalan utama menuju kepada jalan kebijaksanaan kerana kebijaksanaan tidak akan dapat dicapai melainkan dengan masalah..
~> Masalah adalah jalan terpantas bagi menuju jalan kejayaan.
~> Masalah adalah guru yang terbaik di dalam kehidupan kita.
~> Masalah itu di ibaratkan sebuah pertandingan yang harus kita menang.
~> Masalah adalah alat  untuk menguji potensi dalam diri kita.
~> Masalah sukar yg datang bukanlah untuk membuatkan kita patah semangat tetapi ianya akan membuatkan kita semakin rajin belajar & belajar untuk mengatasinya dengan cara yang lebih mudah.
~> Sejarah menunjukkan kepada kita tiada seorang pun yang tidak mengalami masalah dalam kehidupannya.

"Jadi, janganlah merasa untuk menyerah kalah tapi teruslah berjuang, hadapilah setiap masalah dengan penuh keyakinan bahawasanya Pada akhirnya semua akan menjadi INDAH buat kita.."

=> Sekian..terima kasih..
=> Sumber : Copy paste jer untuk tatapan umum..


- KaWaN -

Assalammualaikum... ^_^

Next entri...

Kata orang kawan biar beribu, berkasih biar 1...ceewwaahh !!! ^_^ haha..
Berkawan dengan seseorang bukan beerti hidup kita ni terNOKTAH di situ jer..berkawanlah dengan sesape pun yg kamu sukai...jangan sekali2 membenci..sebab dalam istilah kawan tak ada perasaan benci = negatif..

And, kalau nak berkawan pun x perlulah nak letakkan syarat bagai..seolah2 orang tu macam x layak je nak kawan dengan kamu..ingat yer, semua orang not perfect..so, fikir dulu sebelum buat apa2 kontorversi versi diva..

Berkawan juga..janganlah bila dah jumpe kawan yang baru, lupakan kawan yg dah lama kenal ni..semua orang terasa tau...pentingkan yg lama dlu baru yg baru...hehe..but, semua orang ada prinsip masing2..so, suke hati nk pilih yg mana...* saling mengingatkan..

Dalam konsep berkawan ni memang la rumit sikit..ada jer yang tak kena...macam2 problem kita boleh dengar...tp, kita ni ada akal boleh fikir jalan penyelesaiannya..x perlu nak lancarkan perang dunia k3 pulak...gaduh2 manja dah laa..and lagi 1..biar susah senang bersama walaupun kamu tu hanya sebagai kawan..sekurang2nya, kita dah belajar apa itu MENGHARGAI dalam hidup..

Pandangan aku n orang memang lain sangat2..tapi, x semua orang akan terima pandangan kita yg mungkin serba-serbinya banyak kekurangan yg x dpt d'elakkan...hihi..

=> Sory if ad terkasar bahasa, tercela sana-sini...
=> Terapkan nilai2 murni dalam diri...
=> Pesanan ini khas utk aku yg suka sangat keliru... ~_^

Friday 19 July 2013

- Kerana Hati -

Assalammualaikum...selamat malam...
*asal tulis je mesti malam..hehe...

Kerana hati...
Andai hati itu indah, i/allah jwnpannye pun indah...jika hati itu kotor, maka jwpnnye mgkin menyakitkan...kerana hati kdg2 kita kalah dgn perasaan sndiri...kerna hati, kdg2 apa yg kt nk mgkin dpt dn mgkin tidak...hati juga kdg2 mmberi isyrat kpd kt tntang khdupan...dan krana hati juga, kdg2 melemahkan jiwa insani...

Kerana  hati ini,
yg sering sedar akn khilangan dan perpisahan...
yg sering sedar pengharapan bukannya mudah utk kt capai...
yg sering sedar siapa dri yg sbnar...

Andai ku tahu...kerana hati pasti akn ad yg terluka...
Andai ku tahu..kerana hati pasti akn ad pengorbanan...
Tidak akn ku serahkan hati ini kpd mu..
kerana hnya yg layak saja mampu memegang hati ini...

=> 11.54pm (19 Julai 2013)


Wednesday 17 July 2013

- HoMeSick -

Assalammualaikum..selamat malam... ~_^ salam ramadhan..

 From now, fokus pada diri sendiri, family n my hobby..hehe..ekceli aku x sabar nak tggu cuti yg TERsangat2 pnjang ni...rindu dengan rumah + bilik dh melanda....argghhh !! x smpai sehari lgi dh rindu..n bru terasa best bila balik rumah sendiri (rumah my ayah) hehe..

 Sebab otak dh boleh berjalan dgn lancar balik...sebelum ni system error atas perkara2 tertentu..hehe..
 nak balik spend time dgan family jer..nak menghargai kehidupan yg hanya semntara ni...nak masak ayam panggang + sate  sama2...cari baju raya+kuih raya+kemas rumah = dll...mcm taun2 sebelum ni...

that's allz.. =)

=> Bila sesuatu yg kt hrapkan jadi sebaliknya, mknanye..x payah fikir dah...hehe..
=> Selamat menjalani ibadah puasa kpd muslimin & juga muslimat..maaf dari saya andai ada yang terasa hati...^_^

Sunday 7 July 2013

- Love This Word -


=> Copy n Paste

Sampai satu ketika, kita akan buat tidak peduli tentang insan yang selalu kita peduli.

Sampai satu saat, kita akan buat tidak tahu tentang perkara yang diluar kawalan manusia.

Sampai satu masa,kita akan mengalah dengan masa. Itu bukan tanda kita “give up", tapi mungkin ketika itu, kita rasa tak larat. Penat.

Sehingga akhirnya kita menyerahkan 100% pada Allah dan membiarkan takdir yang menentukan segalanya.


" Kita x pernah merancang & percaya pd janji..sbb hati manusia boleh berubah..." 

Sebenarnya seorang sasterawan dengan seorang manusia lain itu tidak ada bezanya. Cuma kelebihan seorang sasterawan ialah ia dapat merasakan lebih dalam lagi akan sesuatu dan dapat pula melahirkannya kembali. 

Sebuah perhubungan akan terasa indah jika keduanya saling menerima, bukan menuntut terlalu sempurna.. Dan dalam masa yang sama memberi ketika saat yang telah di syariatkan

Di sekolah kita belajar sblm ambil ujian. Dlm khidpan kita dberi ujian sblm belajar..

Ad sbb mengapa kita mengenali seseorang itu dalam hidup kita. Sama ada kita perlu mengubah hidup dia atau dia yang bakal mengubah hidup kita  
ALLAH xkan hadirkan seseorang itu tanpa sebab

“Hidup bukan hanya diertikan dengan not muzik atau warna-warna. Hidup bukan hanya diertikan dengan kejar harta dan kerjaya. Hidup bukan hanya diertikan dengan kejar cita-cita. Hidup bahagia bukan hanya diertikan dengan senyum ketawa riang gembira. Hidup itu untuk akhirat . Living here for the hereafter.”

- PRINSIP -

Assalammualaikum.. ^_^

  Setiap orang ada prinsip mereka sendiri..ada matlamat dan tujuan...prinsip pada keluarga, kengkawan, hidup, persahabatan dan juga cinta... * sikit2 mesti cinta kan??hehe...ate, nme pun BCSQ..haruslah 
ada...hehe.. :D

So, prinsip aku dalam :

KELUARGA : - nombor 1

KAWAN2 : 
- membantu, mendengar dan melepak bersama...hehe..

HIDUP :
- Nak hidup boleh belajar je x yah keje..huhu..tp, impossible kn?? so, 4get it..
- Kesempurnaan terletak pada diri kt sendiri.
- Suke life yang sederhana..
- Menghargai sesiapa yg pernah hadir dlm hidup aku..

PERSAHABATAN :
- Akan cuba sedaya upaya untuk membantu sepanjang masa walau d'mana jua..i/allah..
- Akan cuba memberi dan menghargai...i/allah..

CINTA :
- NO COUPLE2..4 this time..

=> apa2 pun i/allah... ^_^




Monday 1 July 2013

- Cinta Jangan Pergi -

Assalammualaikum... ^_^

* nak update sikit sal citer Cinta Jangan Pergi..d'mana episod lastnye pada tanggal 30 Jun 2013..hehe...

 Sebab2 aku suke cter ni....

1. Sebab citer die bukan d'adaptasi drp novel..
2. Sebab citer ni dh lama aku wat research..
3. Sebab citer ni lain drp yg lain..

walaupun jalan citer die slow....tapi, Sweet jer...hakhakhakhak...

nseb bek hero still dgn heroin..lau x, mang x nk r aku berbangga begini...hehe...



=> Lepas ni x dpat dengar lagu ni kat tv dh....




* okey, sekian update... ^_^ selamat malam...permulaan bulan Julai.
* Kalau ada wi5, dh lme aku download...hehe..

Thursday 27 June 2013

- ToDaY iS My BiFdEy ... -

Assalammualaikum.. ^_^

27 Jun 1992-2013.. merupakan tarikh yg bermakna dalam hidup aku..hehe..my bifdey ... dan sehinggalah ari ni aku masih bernafas di atas bumi ini atas ketentuanNYA..

Bifdey aku tahun ni aku x sambut macam taun2 sebelumnya coz dh 2 thun aku smbut dgn kgkawan..n tuk tahun ni dgn family aku plak..hehe..

Sungguh pandai mereka berlakon nmpak macam real je..
* kononye laa...hehe..

Yang bestnya ari ni..seharian ktorg berjalan..siapkan research dlu, p makan, p beli tudung, p karok n acara kemuncaknya kne baling ngn tepung n penamatnya kat kedai mkan..hehe..dari pukul 10 pagi sampai kul 7.30 petang *ekceli lebih kurang r..hehe.. walaupun penat tp best laaa...bila lagi kan..taun ni aku last study kat Ipoh.. :(

Aku x kan lupakan 'kenangan' yg paling best dorg bagi kat aku utk bifdey kali ini...kena baling tepung..pape pun, thanks a lot kpd kengkawan aku yg sporting + cool + relax = whatever laa....suke sangat !! hehe...

Semakin hari...terasa semakin dekat dengan waktu perpisahan dengan kengkawan n lect..kejap j lagi bulan puasa + raya + final projek n xzam...warrrggghhhh !!! x sanggup kot... 3 tahun duk kat Ipoh...finally, kne tggalkan jugak Ipoh....

Walaupun 'dekat' dgn tempat asal aku...x semestinya, masa akan bersama dengan kita...kita sendiri yg kena cari masa tu..* i/allah akan ada suatu hari nanti...


Thanks Frenzzz...... ^_^








Wednesday 19 June 2013

- 12 Perkara tentang cinta.... -

Assalammualaikum.. ^_^

1. Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan nokhtah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki? Cinta seumpama kota kristal indah di penglihatan derita di perasaan.

2. Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tapi bila perasaan menjadi rindu padanya, tiba-tiba perasaan malu itu menjadi hilang dengan sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa anda telah jatuh cinta.
3. Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata.
4. Cinta yang di semadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan di kecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.
5. Cinta yang datang umpama pelangi ceria dengan 7 warna memukau saat bayu berlagu riang, tika itulah cintanya hadir. Apabila mata terlihat seseorg yang bakal mewarnai hidupnya.
6. Cinta bukan paksaan. Ia lahir dari dua perasaan, kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.
7. Persahabatan biasanya berakhir dengan percintaan tetapi percintaan tidak pernah berakhir dengan persahabatan.
8. Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.
9. Apakah sebenarnya cinta itu? Cuba katakan. Tak lain tak bukan ialah dua jiwa dlm satu fikiran dan dua hati dlm satu debaran.
10. Cetusan cinta pertama merupakan suatu getaran yang sangat menggoncangkan jiwa.
11. Kadangkala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang, disaat kita sedang kehilangannya. Dan kadangkala kita juga menyedari betapa perlunya cinta seseorg terhadap kita, disaat kita amat memerlukannya.
12. Cinta yang lahir dari pandang pertama adalah cinta suci, manakala perasaan cinta yang lahir dr kemesraan persahabatan adalah cinta sejati. Namun sukar untuk membezakan yang mana lebih abadi, cinta suci atau cinta sejati.
=>  Cinta & Rindu itu bermula drp Adam & Hawa...Dikisahkan Yusuf & Zulaikha..Diabadikan Shah Jehan & Mumtaz Shah..Diperikan pula Romeo & Juliet..Diceritakan Rama & Sita..Dilakonkan oleh Laila Majnun..Kini, kt pula meneruskannya.. * 99x rindu

=> copy paste

Saturday 15 June 2013

~ Alasan... ~

Assalammualaikum... ^_^

good Morning !! selalu update tgh2 mlm..tp ari ni update pagi2 plak...mklum le hjung mnggu.. ^_^

      ~ Selamat Membaca ~

  Mencipta alasan memang mudah tp nk m'buktikan kebenaran tu yg pyah...bila kita kerap kali dgar pasal alsan yg d'beri, mesti lama2 bosan...n then, bila dh bosan kita akan dgar je tp xkan follow apa yg dia kata sebab sebelum2 ni die dh bg alsan yg kdg2 tu x logik pun..

 Setiap manusia ada deria rasa...kt boleh rasa bila masa die menipu dan bila masa die b'cakap benar..dan rasa tu dtg drp hati dan perasaan...


=> Ciptalah berapa bnyak alasan pun yg kamu suke, bila dkat hati ad rsa percaya...barulah terima...

Sekian...

 10.37am | 15/06/2013|

Thursday 6 June 2013

- RiNdu...dan RiNdu... -

Assalammualaikum...

  Rindu....siapa yg x pernah merindu dlm hidup kita ni?? hihi..entri ni jiwang skit malam ni..

  Rindu...
  Hadir bertamu tika kt dlm ksepian..
  Hadir tika kt mendengar bait2 lagu yg ad kne mengena dgn diri kt..
  Hadir....dan akan terus hadir menyapa hari2 kita..
  Disaat rindu bertamu..hanya kenangan sebagai pengubat disetiap rindu kt tu..
  Meski pun terselitnya beberapa kenangan yg tidak seharusnya ada..

 Rindu..

 Merindui insan yg kt kenal amatlah menyakitkan bila insan tu berada jauh dari kt..
 Dan menyakitkan juga merindui insan yg berada dekat dgn kita tetapi, dia tidak pernah mengerti 
 apa yang kt rasakan...kerana...

Rindu kt dalam diam..umpama Cinta dalam hati.. (* haha..)

Kt x pernah TERfikir yg suatu hari nnti kt akan merinduinya..
Dan disaat perkara yg setiap hari dilakukan olehnya tetapi, dia tidak melakukannya bg hari2 yg mendatang..
Rindu pasti akan bertamu dan disaat itu..
Kt akan mula berfikir tentangnya..Mengapa jd begitu..
dan disaat itu juga kt akan menghargai saat2 indah yg pernah dilakukannya..

Kita bertanya lagi melalui hati..


Bila rindu ini akan terubat??

Jawapannya : Hanya masa yg menentukannya.. ^_^

=> Sekian dari saya..
=> 12.25 am : 6 Jun 2013

Sunday 2 June 2013

- Nasihat -

Assalammualaikum..

Kalau ada kawan yg baik dan boleh buat kita bahagia jangan sesekali sakitkan hati dia..kadang2 kita dah berusaha nak jaga hati dia..tapi alih2 ada jugak yang xkena..selalu tnya..sekali kita dh hilang dia selamnya kita xkn dapat dia lagi...


- update sikit je pun..hihi..
- nasihat drp K.syud..thanks.. ^_^ i/allah..
- semoga doanya d'makbulkan.. ^_^ amin.

=> dari hati ke hati..

Thursday 30 May 2013

- Soalan -> Jawapan ..-

Assalammualaikum...

nak update sikit jer...about my adik...hihi..she asked me 1 question...

Adik : Kenapa manusia harus bercinta?? 

Me : Manusia harus bercinta sebab manusia ni ada hati dan perasaan..letak la sejauh mana pun perasaan   cinta tu mesti akan datang jugak..tapi yg eloknye bercinta lepas nikah..hehe...

=> mendoakan yg terbaik untuk mu... ^_^

Monday 27 May 2013

- Andai Masih Ada Rindu... -

Dan hati ini tidak mampu menidakkan rasa cinta,
Cinta yang semakin mendalami diri dan jiwa,
Ku tak bisa memejamkan rasa,
Saat ia nyata makin membara,
Membelah setiap pancaindera dan deria,
Hingga aku lemas dalam kemelutnya.
Tuhan..
Andai penantian ini ada jawapannya,
Pujuklah hati ini untuk setia dijalan yang KAU redha,
Hadirkan ketenangan agar tidak terkandas dalam kabus cinta,
Berikan pedoman agar rindu itu berpada-pada,
Iringilah Maluku berserta iman di dada,
Agar rasa kasih ini tidak mencalarkan maruah diri yang dijaga.
Tapi jika qada' dan qadar itu mengatakan sebaliknya,
Kurniai aku kekuatan untuk melaluinya,
Palingkanlah cinta ini untuk yang selayaknya,
Kerana aku insan yang tiada daya,
Maka bantulah aku melupakannya,
Jika itu takdirNYA..
Allah..
Andai masih ada rindu,
Kupohon hilangkanlah ia dari hatiku,
Kerana ketidakpastian itu mengganggu,
Perasaan ini mengecewakan insan yang menunggu,
Aku tidak rela terusan terbelenggu,
Dalam pencarian permata berharga milikMU..
Amin.
=> sumber : copy paste..

Sunday 26 May 2013

- HaRaPaN -

Assalammualaikum.. ^_^ entri seterusnya...

Dalam hidup kita sering berharap apa yg ad d dunia ni akan menjadi milik kita.. ^_^ memang betul ianya akan menjadi milik kita sementara masih hidup.. kita banyak berharap pada kehidupan supaya menjadi lebih baik, berharap pada seseorang, berharap pada keluarga dan x lupa juga kepada Pencipta langit dan bumi... ^_^ sungguh luas maksud Harapan..berharap.. hihi..

 Tapi, kita sering lupa...disebalik harapan yang kita ciptakan tu pasti akan ada 'sesuatu' yang kadang2 tu kita x jangkakan..yg kdg2 boleh buat kt jatuh 'tersungkuQ', yg bleh buat kt rse putus asa dan boleh bg kt seolah2  tiada lagi peluang untuk kita perbetulkan apa yang salah...dan kerana sebuah harapan juga, kadangkala kita perlu berkorban..

Jangan letakkan harapan yang terlalu tinggi jika kita tdak mampu untuk menggapainya...jangan pula kita terlalu berharap atas apa yg belum berlaku...dan bila tertundanya harapan kita, jangan pula kita merasa putus asa kerana, dengan tertundanya harapan itu suatu masa nanti pasti akan muncul jua..biarkan masa berjalan dengan sendirinya..disebalik masa juga, kt tdak prnh sedar bhwa harapan itu semakin menghampiri kita... ^_^


=> "Harapan tak akan datang bila kita terlalu berharap...Harapan akan muncul bila kita dah bersedia menghadapinya..."

=> 26/5/13 - 12.58 am

Friday 3 May 2013

- Until one day, i will stop.. -

Entri ke 3 ... hehe... TERbanyak pulak... * story about me... ^_^

     Kadang2 perkara yg aku buat o keputusan yg aku ambik atas sebab KESUKAAN aku..xkan didesak..dpaksa.. oleh sesape pun..semuanya kemahuan aku sendiri..

  Sebab, dengan cara tu boleh bg aku happy bersama mereka dan menggunakan masa yg ada utk membuat kebaikan, membantu yg mne perlu slagi aku d perlukan ketika dan saat ini sebab aku suka mencipta kenangan utk aku ingt pd mse akan dtg tatkala aku bosan o rindu dekat mereka nanti..ahakszz...haha...
mungkin kdgkala kelihatan begitu 'senget' nmun, i do what i ike..haha... n sometimes, aku x mampu nk menolak sebab bila aku menolak, akn ad rasa serba salah..dh bnyk kli aku cuba menolak tp kdg2 aku x mampu..the end, go on kan je..hihi..but, bila aku yakin dengan penolakan tu, aku akan tolak sehabis mungkin.. ~_^

  => Semoga diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam setiap apa yg aku lakukan..sebb x nafikan kadang2 aku sendiri kalah dalam permainan kehidupan d mana ingin menguji sejauh mana keimanan dan ketakwaan aku pdNYA..

=> Bila aku rasa aku x mampu utk truskan, until one day, i will stop..
=> Oh, My English !! hehe..



- Ikhlas -

Entri ke 2 ...

   Manusia berbeza2 pendapat, perwatakan, prinsip, matlamat dan sebagainya...dan selagi masih bernafas kt sering berharap agar dapat membantu mereka yang memerlukan pertolongan kita...

  Namun, dalam setiap apa yang kt lakukan..kdgkala kita akan bertanya dengan diri kita sendiri samada kita ikhlas atau tidak..kt x boleh nk ckap kt ikhlas sbb keikhlasan itu hnya dpt dnilai olehNYA..


"Keikhlasan seseorang adalah dari hati, bukannya dari kata-kata...yang keluar di mulut..."

- Kenapa.. Kalau... -

Assalammualaikum... ^_^

 Setiap orang ada takdir yang telah ditetapkn olehNYA..dan dengan takdir tersebut, manusia sering alpa dengan mempersoalkan kenapa perkara sebegitu terjadi..tak dnafikan kita juga kadang2 akan mempersoalkn begitu tetapi, cepatlah tersedar dan istighfar...mungkin juga, kt tak dapat nk terima apa yg kt lalui namun, kt juga perlu ingt perkara yg berlaku pasti ada hikmahnya..


 Kenapa..Kalau..2 perkataan yang sering disebut samada kt sedar ataupun tdak ketika kt menghadapi masalah..hati kita mudah lemah..diri kt kdgkala tidak setabah yg kt sangkakan..akal kt mudah dipengaruhi..perjalanan hdup sememangnya sukar..dan kesukaran itu, kdg kala mematangkan kita...mendidik diri berdikari..mendidik hati menjadi kuat, dan mendidik diri kita supaya amalkan sifat sabar..In Sha Allah bila kt redha dan sbar dalam segala ujianNYA, pasti ada kebahagian yg akan tiba suatu hari nanti..


=>  kita bangun setiap pagi dengan harapan hari itu akan menjadi lebih baik dari semalam. Tetapi kemudian   ALLAH menguji lagi...kita pun kecewa dan harapan kita seolah2 sudah hilang...JANGAN SEDIH...selagi kita masih bernafas hari itu selagi itulah masih ada harapan ruang dan peluang untuk membetulkan keadaan...

=> Aku juga memohon agar diberikan kekuatan dalam menempuhi hidup ni..yg sebenar2nya aku sendiri tidak mampu untuk menghadapinya..mungkin dgn luahan di sini, sdikit sbnyk akan m'berikan aku kekuatan utk mnempuhinya... amin..

Sunday 7 April 2013

- Pertemuan..Jodoh... -

# ShaRiNg iS CaRiNg... ^_^

  JODOH itu umpama sebuah perjalanan..Ada orang yang cepat sampai ke destinasinya, ada orang yang lambat. Sepanjang perjalanan itu pula, ada orang dapat sampai dengan mudah, ada orang terjerat dalam kesesakan lalu lintas, kenderaan rosak & seumpamannya..
Perlu tabah dan sabar menghadapi ujian. Dalam semua perjalanan itu, tidak semua orang akan sampai dengan selamat. Ada yang meninggal dunia sebelum sampai ke destinasinya. Inilah hakikat jodoh..Tidak semua akan dapat memilikinya ketika hidup di dunia. Namun, usahalah berduka..Peluang masih ada di Syurga. Disana nanti tiada siapa yang berkeseorangan. Semuanya memiliki pasangan. Oleh itu, jika mahu mencari jodoh, carilah jalan untuk ke Syurga. Jika tidak temui jodoh itu di dunia, InsyaAllah akan berjumpa nanti di Syurga...

=> " Sesiapa sahaja yang MEMBERI kerana Allah, MENOLAK kerana Allah, MENCINTAI kerana Allah, MEMBENCI kerana Allah & MENIKAH kerana Allah, maka beerti ia telah sempurna imannya."
      (HR. Al-Hakim)
=> Sumber : Facebook

- KuNci KeHiDuPaN -

ShaRiNg iS CaRiNg.... ~_^

6 Kunci Mendapat Ketenangan Hati

1. Jangan bergantung terhadap orang lain, bersikaplah berdikari dan percaya akan kemampuan yang kita   miliki.

2. Jangan berburuk sangka, berfikirlah positif akan membawa pada suatu yang bermanfaat.

3. Jangan mengingat penyesalan di masa lalu, hidup itu mudah, buatlah dalam suatu perbuatan kita dengan suatu keputusan, dan jangan pernah menyesalinya.

4. Jangan Pernah menyimpan dendam di hati, dendam itu di ibaratkan sebagai racun dalam hati kita, jauhi itu.

5. Jauhi sifat terburu-buru, aset dalam kehidupan bukan harta, tapi waktu. Pergunakan waktu dengan baik.

6. Jangan bimbang dengan hari esok, ketuklah pintu dan pintu pun akan terbuka, ingatlah Allah; Dia pun akan ingat pada kita.

=> Sumber : Facebook

Saturday 6 April 2013

- Pencarian jawapan yg belum pasti -

Assalammualaikum...moshi..moshi.. ^_^

 Setahu aku, dlm bnyk2 bnde yg susah kt nk buat keputusan adalah bila kita kena MEMILIH...
Memilih d antra 1 atau 2..
Memilih d antra Kebaikan & Keburukan..
Memilih d antra Kebenaran dgn Kepalsuan..
Memilih Take it or Leave it...

   Dan bila kita dh MEMILIH...maka, PILIHAN pula yg menjadi pegangan kt..sprti entri sblum ni PILIHAN yg kt pilih tu ad pro n kontra...so, kne hadapi..pilihan yg kt buat tu sebenarnya menentukn prkara yg akan berlaku seterusnya...mcm kt main game ada level nya..bila 1 pilihan tu kt dh ambik, kt kne pulak hadapi keadaan yg akan berlaku d sekeliling kita..

=> " Jangan cuba mencari jwpan dlm kehidupan kerana bila kt dh dpt jwpn tu x mustahil kita akan tukarkn pula pada soalan.." * i think ni mksudnye kot..hehe..klu slh tlg bgtau..hehe...
=> Dalam setiap pencarian pasti ada jawapan..hnya masa yg menentukan...

- Don't Give Up -

Assalammualaikum...hello..hello...holla..holla...moshi..moshi..hehe... ^_^

Hidup jgn putus asa...belum cuba belum tau..kejayaan terletak d tangan kita sendiri..sejauh mne kt berusaha, i/allah kejayaan akan bersama kita..hnya masa yg menentukan apa yg bakal kt jalani..

Setiap kejayaan tu pasti ada halangannya..so, kt kne hadapi..yakinkan diri yg kt boleh buat..tp, klu aku la kan..susah kot nk yakinkan diri..huhu.. ekceli, aku tgh try sebenarnya tp, pd masa yg sama ad rasa was2 bila nk buat something tu.. *xde keyakinan nk buat...

Ekceli, aku tgh pk psal final projek..xtau nk buat psal apa..masa makin berjalan..1 apa pun x setel lagi..mcm mne??adehh..jenuh la nnti..cabaran bergelar student..mang kene fikir...fikir...dan fikir....hehe...

Oleh kerana life sbg student ni best, so aku dh fikir nk smbung stdy...klu ad rezeki..i/allah..hihi..n klu boleh aku nk stdy smpi bl2..x mau keje..haha..tp boleh k mcm tu?? hehe..

=> Semoga apa yg d impikan tercapai..amin..
=> Usaha tangga kejayaan..
=> Study..study..n study..don't give up !!
=> Bg semangat kat diri sndri.. ~_^

Saturday 16 March 2013

- like it...


I'm Back again..hehe... ^_^ 

Bila rasa BERDOSA ucap Astagfiruallah..
Bila BERJANJI ucaplah Insyaallah..
Bila rasa tidak BERDAYA ucaplah Lahaulawalaquwataillabillah..
Bila rasa BERSYUKUR ucaplah Alhamdulillah..

"Orang yang baik itu bukan orang yang tidak pernah berbuat salah tapi orang yang baik itu adalah ketika dia berbuat salah, dia menjadikan kesalahannya sebuah pelajaran untuk tidak berbuat salah lagi".


Kerana tanpa adanya sebuah kesalahan kita tidak akan pernah mengerti apa itu makna kebenaran..


credit to :Aidil Sahipaludin

- Choice...-Pilihan -

Assalammualaikum... Selamat membaca u'ollz... ^_^

 Dalam hidup kita memang banyak pilihan yang kita kne hadapi..dalam bnyk2 pilihan, hanya 1 sahaja yg kt kne pilih dan kne berdepan bila dtgnya mslh, ujian ataupun dugaan dlm pilihan yg kita buat tu...dan dalam setiap pilihan adanya pro n kontra..dalam setiap pilihan tu jugak kt kne fikir sume bnde yg ad kat sekeliling kt...
   Dan bila kt dh buat pilihan, kt kne buat KEPUTUSAN...betul atau tak apa yang kita buat tu..dan dalam setiap keputusan tu, akan merubah apa yg ada di sekeliling kita...x semuanya keputusan kt akan d terima oleh orang dan berkemungkinan jugak keputusan tu akan d trime orang tp disebaliknya..hnya berpura semata2... * Suke hati aku j kan buat tafsiran sndri... sory.. 
   Bila kt kne memilih bnde yg d luar jngkaan kt, memang susah untuk buat 1 keputusan utk semua phak..kdg2 tu, kt fikir keputusan tu baik utk kt..tp x pada mereka..dan adklanya juga kptusan tu x baik utk kt tp baik pada mereka..kan?? kt x boleh nak puaskn hati sume orang..setiap apa yang kita buat akan dnilai oleh mereka..n bl dh nilai, setiap penilaian tu kdg2 akan mempengaruhi fikiran kita sekaligus kt akan rsa ragu2 dgn kputsan kt tu...dan JALAN TERBAEK..pilih keputusan yg x kn serabut kan kepala kt ni..n xbg kt tension...as simple like that...~_^

=> ALLAH takkan menciptakan mangga tanpa kuncinya dan ALLAH takkan menjadikan masalah tanpa jalan penyelesaiannya...
=> sory 4 all the mistakes...

Thursday 14 March 2013

i'm gonna Miss de moment !!

Assalammualaikum.... ^_^

I'm back !!! 4 the real life.... hihihi..

  Nmpknye tinggal lagi sehari je aku bakal meninggalkan HRPB tmpt aku praktikal tu...huh... sedeh!!!  T_T
Terima kasih pada semua yg telah bnyk mengajar selama saya prktkal di situ...

   warrrggghhh !!!! asenye aku msti rindu nk ambik ink, label...jawab fon...terutamanya jwab fon kat kaunter SPP...wlaupn dlu aku x suke, tp lme2 leh jd suke... * bl kt bnci b'mkna kt suke... ^_^

   Bayangkan selama 5 bulan buat bnde yg sme..mcm mne la nk lupe kn penglaman2 tu.. n yg pling best dlm mse 5 bulan aku berjaya pkai bju kurung...haha...setiap bulan..xde skip2 kcuali sbtu ahd laa..hehe.. ~_^

=> gonna Miss the moment !! can i repeat?? huhuhu..




Monday 11 March 2013

Nobody's know....

Assalammualaikum... ^_^ n selamat malam...n selamat membaca...

Kadangkala kita  xtau apa yang  kita rasa...
Adakalanya, kt rasa benci dekat seseorang tu tp, pd masa yg sama kita x sggup nk bnci dia sbb dlm hati kita ada rasa kasih & syg...
Adakalanya, kt rsa nk dekati dia, tp dlm mse yg sme kt takut dgn kemungkinan yg akan terjadi...
Adakalanya, kt fikir jgn hiraukn dia..tp hati kt plak x leh trime sbb kt rse nk tau jgak apa yg dia fikir..
Adakalanya, kita cuba berhenti utk memikirkannya, tp fikiran kt ni asyik nk duk teringat kat dia sbb kenangan dia slalu ada dlm ingatan kt...

Tapi, dlm pd benci n x suke tu...kita sebenarnya rindukan kenangan dgn dia...sbb tu la jd lagu tu...* hahaha..
Tapi, sepatutnya kt x perlu fikirkan dia yg x pernah nk fikirkan kt..* spe tau kn...hekhekhek..
Tapi, kt tetap rindu setiap kenangan dgn die..* mcm pepatah ni..'biarkan ianya mengalir sndri...'

=> Smua owg berhak untuk merindui..
=> Klu kt rndukn seseorang, berdoalah pdNYA agr owg tu pn rindukan kt...hehe..
=> Jika benar cnta itu krn Allah, maka biarknlah ia mengalir mengikut aliran Allah krn hakikatnya ia berhulu dari Allah maka ia pun berhilir hnya kpd Allah..
=> Sesungguhnya, aku mmg tgh rndukn some1.. *waaaaahhhhhhh!!!!!!!! hehe..
=> 11/3/2013 - 11.30pm


Friday 8 March 2013

- Kita...Dia..dan DIA

Kita melihat x semestinya kita tahu apa yang dia fikirkan...
Kita mendengar x semestinya kita faham apa yang dia cuba untuk sampaikan..
Kita membantu x semestinya dia pertikaikan pertolongan yang diterima..
Kadang2 kita terasa begitu hampir dengan dirinya sedangkan hakikatnya, dia tidak pernah mencuba untuk memperbaiki kesilapannya sendiri..dan disebabkan hal itu diri kita dipersalahkan tanpa usaha untuk bertanya dan mendapatkan jawapan yg lebih tepat..
seringkali kita khilaf, sering kali kita putus asa, sering kali kita mencuba untuk berubah, sering kali kita berasa bersalah...berapa banyak sering kali pun x kan mampu mengubah apa2 jika kita tidak mencuba untuk berusaha ke arah yang lebih baik..tetapi, kita tahu tidak semudah hanya dengan menulis semuanya boleh berubah melainkan diri kita sendiri..kerana, perubahan yang berlaku akan datangnya ujian mahupun dugaan yang kita sendiri tidak jangkakan...dan tidak perlulah mempertikaikan diri seseorang sedangkan, kita tidak tahu apa yang akan berlaku di kemudian hari..mungkin dia boleh membantu sewaktu kita dalam kesusahan...siapa tahu..nasib diri seseorang itu melainkan DIA. 
  Siapa pun diri kita, kita x kan boleh melangkah sejauh ini tanpa dirinya...xkan sekuat ini tanpa pertolongannya...dan tatkala di uji dengan kesabaran, dia rela untuk bersabar walaupun dia tahu bahawa dirinya tidak sekuat ini untuk menahan segala bentuk ujian mahupun dugaan...dan mengawal api kemarahan demi sebuah perhubungan..kerana dia tahu, dengan marah, masalah tidak akan selesai dan tidak akan ada kemaafan andai tersalah bicara..kerana hatinya terluka dengan setiap kata2 yang kita lafazkan..
  Dan siapa pun diri kita, sebagai hambaNYA kita digalakkan untuk memaafkan..tapi mudah untuk berbicara sukar untuk melupakan walaupun beribu2 kali kita memohon maaf..sememangnya, mengambil masa yang lama untuk memaafkan diri seseorang tu dengan seikhlas hati..

=> Bila pengalaman banyak mengajar kita, apapun yang terjadi kita masih boleh hadapi walaupun sukar namun masih ada ruang dan cara untuk kita memperbaikinya..mungkin dia tidak dapat menerima dengan hati terbuka, namun tidak salah jika kita masih sanggup untuk mencuba mendapatkan kepercayaan dari dirinya...walaupun kepercayaan sukar untuk kita beri untuk kali k2..

=> 8.55pm siap entri ini ditulis dari hati...pengalaman..kehidupan..
=> maaf

Tuesday 5 March 2013

- Kawan Ibarat -


kata mak,
KAWAN tu ibarat lebah,habis madu sepah dibuang....... 
kata abah,

KAWAN tu umpama bunga ros, dipandang cantik dipegang sakit......

kata atuk,
KAWAN tu seperti air, terus me ngalir.....

kata nenek,
KAWAN tu bak bulan, dipuja dan disanjung tp nun jauh di sana ....

kate sedare,
kawan tu mcm makanan, kawan makan kawan!!

kata abang,
KAWAN tu seperti lembu, me ngikut saje ape dikata........

kata kakak,
KAWAN tu tak ubah macam durian, bau je busuk tp sedap dimakan....

kata adik,
KAWAN tu macam biskut, sekejap ade sekejap takde.......

kata aku,
kawan tu tak kisahlah camner..
walaupun dia IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA ROS, SEPERTI AIR, BAK
BULAN, SEPERTILEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM BISKUT!!!

dia tetap kawan...
tau tak sebab ape???
sekali aku dah kawan ngan dia, selamanye dia ttp kawan aku...


Monday 4 March 2013

- Mampu Ku Miliki -

Assalammualaikum n selamat malam..hehe..

   Alhamdulillah...dengan izin dariNYA aku miliki apa yg aku ingin kan..terima kasih atas segala rezeki yang telah engkau berikan..n semoga jalan yg aku pilih ni adlah jalan yg terbaek utk aku trus berusaha utk berubah mencari cinta Illahi..kuatkan semangat ku utk meneruskan kehidupan ini dan berikan lah aku kesabaran untuk menempuhi ujian mu ini Ya Allah..Berikanlah aku petunjukmu untuk terus berada dlm keredhaanMu...

   Meskipun terlambat untuk aku memilikinya, tpi aku yakin dgnnya hatiku akan lebih tenang dan dgnnya juga aku yakin kehidupan ku ini sedikit demi sedikit akan berubah..i/allah...Ya Allah, izinkanlah aku untuk lebih mencintaimu dan mendekatimu...tetapkanlah niat ku ini sbelum engkau mengambil nyawaku..tetapkanlah hatiku dengan keimanan dan kuatkanlah diriku untuk menempuhi ujian yang engkau berikan.

 Ya Allah kau jauhkanlah aku dari sifat amarah yg dtgnya dri bisikan syaitan..jauhkanlah aku dari kemungkaran yg hnya akan merosakkan diriku ini tetapi Ya Allah, dekatkanlah aku dengan kebaikan dan kau dekatkanlah juga aku dgn orang2 yg beriman dan bertakwa hnya padamu..AMIN..

=> Luka itu perlu untuk muhasabah diri menjadi lebih baik dan mendapat pengajaran melaluinya..
=> Hadirku disini keranaNYA....

Sunday 3 March 2013

- Pejam Celik..Pejam Celik -

Assalammualaikum n slmat petang... ^_^

- Pejam celik, pejam celik hampir 3 tahun aku duk kat ipoh ni..* lme gak erk...
- Pejam celik, pejam celik umur aku makin meningkat dari umur 18 tahun smpilh sekarang 21 tahun.. * mcm x percaya..
-Pejam celik, pejam celik x sangka ramai gak la kwn aku kat area ipoh ni.. *walaupun bleh d kira dgn jari..
- Pejam celik, pejam celik dh 3 tahun aku naik bas utk balik kampung..
- Pejam celik, pejam celik 3 tahun gak la ada kenangan dgn dak2 kolej.. *OMG !!
- Pejam celik, pejam celik tinggal lagi 8 bulan utk aku stay kat ipoh n then, go back to my hometown...hehe..
- Pejam celik, pejam celik sampai sekarang aku x fikir lagi about final projek.. macam mna ni...aku rse mcm dh tau2 je jwpn je apa pada persoalan aku tu..huhu..
- Pejam celik, pejam celik aku dah boleh terima keadaan berjauhan dgn family... -_-

=> kadang kadang org yang kita fikir tidak mengambil tahu tentang kita lebih banyak mengerti apa yang kita rasa , beza nya mereka memilih untuk memerhati dan percaya kita pasti boleh keluar dari masalah itu .. -from some1 -