1. Andai kata
cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan nokhtah sebuah cinta? Andai
kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki?
Cinta seumpama kota kristal indah di penglihatan derita di perasaan.
2. Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tapi
bila perasaan menjadi rindu padanya, tiba-tiba perasaan malu itu menjadi hilang
dengan sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa anda
telah jatuh cinta.
3. Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan yang
tidak terucap oleh kata-kata.
4. Cinta yang di semadikan tidak mungkin layu selagi
adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan di
kecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama
pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.
5. Cinta yang datang umpama pelangi ceria dengan 7
warna memukau saat bayu berlagu riang, tika itulah cintanya hadir. Apabila mata
terlihat seseorg yang bakal mewarnai hidupnya.
6. Cinta bukan paksaan. Ia lahir dari dua perasaan,
kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu
sukar untuk dimengertikan.
7. Persahabatan biasanya berakhir dengan percintaan
tetapi percintaan tidak pernah berakhir dengan persahabatan.
8. Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan
kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan.
Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.
9. Apakah sebenarnya cinta itu? Cuba katakan. Tak lain
tak bukan ialah dua jiwa dlm satu fikiran dan dua hati dlm satu debaran.
10. Cetusan cinta pertama merupakan suatu getaran yang
sangat menggoncangkan jiwa.
11. Kadangkala kita menyedari betapa dalamnya kita
menyintai seseorang, disaat kita sedang kehilangannya. Dan kadangkala kita juga
menyedari betapa perlunya cinta seseorg terhadap kita, disaat kita amat
memerlukannya.
12. Cinta yang lahir dari pandang pertama adalah cinta
suci, manakala perasaan cinta yang lahir dr kemesraan persahabatan adalah cinta
sejati. Namun sukar untuk membezakan yang mana lebih abadi, cinta suci atau
cinta sejati.
=> Cinta & Rindu itu bermula drp Adam &
Hawa...Dikisahkan Yusuf & Zulaikha..Diabadikan Shah Jehan & Mumtaz
Shah..Diperikan pula Romeo & Juliet..Diceritakan Rama &
Sita..Dilakonkan oleh Laila Majnun..Kini, kt pula meneruskannya.. * 99x rindu
=> copy paste
No comments:
Post a Comment