Friday 8 March 2013

- Kita...Dia..dan DIA

Kita melihat x semestinya kita tahu apa yang dia fikirkan...
Kita mendengar x semestinya kita faham apa yang dia cuba untuk sampaikan..
Kita membantu x semestinya dia pertikaikan pertolongan yang diterima..
Kadang2 kita terasa begitu hampir dengan dirinya sedangkan hakikatnya, dia tidak pernah mencuba untuk memperbaiki kesilapannya sendiri..dan disebabkan hal itu diri kita dipersalahkan tanpa usaha untuk bertanya dan mendapatkan jawapan yg lebih tepat..
seringkali kita khilaf, sering kali kita putus asa, sering kali kita mencuba untuk berubah, sering kali kita berasa bersalah...berapa banyak sering kali pun x kan mampu mengubah apa2 jika kita tidak mencuba untuk berusaha ke arah yang lebih baik..tetapi, kita tahu tidak semudah hanya dengan menulis semuanya boleh berubah melainkan diri kita sendiri..kerana, perubahan yang berlaku akan datangnya ujian mahupun dugaan yang kita sendiri tidak jangkakan...dan tidak perlulah mempertikaikan diri seseorang sedangkan, kita tidak tahu apa yang akan berlaku di kemudian hari..mungkin dia boleh membantu sewaktu kita dalam kesusahan...siapa tahu..nasib diri seseorang itu melainkan DIA. 
  Siapa pun diri kita, kita x kan boleh melangkah sejauh ini tanpa dirinya...xkan sekuat ini tanpa pertolongannya...dan tatkala di uji dengan kesabaran, dia rela untuk bersabar walaupun dia tahu bahawa dirinya tidak sekuat ini untuk menahan segala bentuk ujian mahupun dugaan...dan mengawal api kemarahan demi sebuah perhubungan..kerana dia tahu, dengan marah, masalah tidak akan selesai dan tidak akan ada kemaafan andai tersalah bicara..kerana hatinya terluka dengan setiap kata2 yang kita lafazkan..
  Dan siapa pun diri kita, sebagai hambaNYA kita digalakkan untuk memaafkan..tapi mudah untuk berbicara sukar untuk melupakan walaupun beribu2 kali kita memohon maaf..sememangnya, mengambil masa yang lama untuk memaafkan diri seseorang tu dengan seikhlas hati..

=> Bila pengalaman banyak mengajar kita, apapun yang terjadi kita masih boleh hadapi walaupun sukar namun masih ada ruang dan cara untuk kita memperbaikinya..mungkin dia tidak dapat menerima dengan hati terbuka, namun tidak salah jika kita masih sanggup untuk mencuba mendapatkan kepercayaan dari dirinya...walaupun kepercayaan sukar untuk kita beri untuk kali k2..

=> 8.55pm siap entri ini ditulis dari hati...pengalaman..kehidupan..
=> maaf

No comments:

Post a Comment